Cinta jarak jauh agak mencabar dan memerlukan pelbagai  pengorbanan.oleh yang demikian kedua-dua pasangan perlulah saling bertolak ansur dalam pelbagai aspek dan perkara yang berkaitan dengan perhubungan agar ia dapat berjalan dengan baik dan lancar...jadi disini aku ingin berkongsi tips2 bagi mereka2 atau pasangan2 yang berjauhan seperti aku....

Komunikasi Berkesan dan Berterus Terang

       Tidak boleh tidak jarak yang memisahkan pasangan itu akan membuatkan komunikasi antara dua sedikit terganggu. Sedikit saja,tak banyak kalau bijak diuruskan demi menjaga perhubungan. Bercinta jarak jauh memerlukan pasangan itu lebih komunikasi diantara mereka. Komunikasi yang bagaimana? Cara berhubung? Itu tak menjadi masalah dengan teknologi yang ada sekarang ini sejauh mana jaraknya pun tetap mudah untuk diakses tetapi kualiti dalam komunikasi. Apa tafsiran anda mengenai kualiti dalam komunikasi?

Jika ada peluang untuk berhubung dengan si dia dalam keadaan tidak sibuk,manfaatkan dengan bertanya khabar,apa yang dilakukan hari ini,ada atau tidak masalah yang membebankan fikiran dan kongsi bersama serta selitkan sedikit humor untuk membibitkan senyuman. Maka disitulah wujud sifat berterus terang dan berkongsi agar kamu sedar bahawa masing-masing saling memerlukan. Komunikasi berkesan bukanlah semestinya perlu berhubung 24/7 ( 24 jam 7 hari seminggu ) setiap masa. Oh! Itu sangat merimaskan dan siapa suka keadaan seolah-olah dikongkong? 2 – 3 kali berhubung dalam seminggu mengikut kelapangan sudah memadai asalkan berkualiti.


Saling Percaya Satu Sama Lain

   Yang terakhir dan merupakan paling penting dalam menjaga percintaan jarak jauh ialah percaya. Ya! Sikap percaya antara kamu dan dia. Kalau tiada kepercayaan apa guna hubungan itu dijalinkan?

Besar peranan sikap saling mempercayai ini. Masing-masing perlulah saling mengingati tujuan hubungan itu dijalinkan dan atas dasar apa dan kemana hala tujunya iaitu hidup bersama hingga ke akhirnya. Percaya juga bahawa si dia akan tetap menanti kamu walaupun terpaksa berjauhan untuk seketika dan dia tetap setia bersama kamu. Bukan seorang tetapi kedua-duanya perlu berfikir begitu.

Jangan cuba mengkhianati kepercayaan itu. Jangan cuba mencari kasih yang lain dengan alasan si dia berjauhan dengan kamu! Jika kita mengkhianati orang, tak mustahil suatu hari nanti diri kita juga dikhianati. Bijaklah mengatur langkah bila bercinta jarak jauh. Gabungan elemen penting yang perlu ada dalam percintaan jarak jauh iaitu komunikasi berkesan, sokongan rakan dan saling mempercayai perlulah diadun dengan sebati agar dugaan berjauhan itu dapat dikurangkan dan hubungan itu dapat diharmonikan.
Bersama

   : Sentiasa berfikiran positif kunci kepada kebahagiaan.  Jangan mudah percaya sesuatu dari mulut kawan anda selagi anda belum lihat dengan mata dan dengar dengan telinga. Kalau otak tu dah mula fikir yang bukan-bukan, amik wuduk dan baca al-quran atau tidur.

: Jangan mudah tergoda. Setiap kali anda rasa tergoda dengan orang lain, cuba elak daripada terus mesra.  Katakan awal-awal pada si dia, anda telah berpunya. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa anda masih cintakan dia. INGAT, manusia tak akan pernah puas dengan apa yang manusia ada. Jadi tanamkan rasa syukur itu dalam diri. Elakkan keluar berdua dengan jantina berbeza, lebihkan keluar dengan kawan-kawan.

: Pasang matlamat dalam erti kata lain angan-angan. Target tahun anda akan bersama untuk bergelar suami isteri. Contohnya anda target tahun 2016 berkahwin. Jadi anda tak akan rasa cinta anda itu cinta kosong, cinta sekadar untuk memenuhi nafsu kesunyian dan rasa ingin didampingi, tapi cinta yang bermatlamat

Lelaki

    :  Khas untuk lelaki, anda perlu memainkan peranan penting dalam menentukan halatuju hubungan anda. Sebab biasanya jarang bagi seseorang perempuan yang tentukan sebab anda sebagai lelaki telah dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin.  Kalau selalu dah rasa muak asyik sms je, ajaklah dia bertukar ke calling-calling.

     : Kalau si dia kata dia amat merindui anda, kemudian menangis, tenangkanlah dia. Adakalanya memang agak penat melayan kerenah dia, tapi sekurang-kurangnya, dia dapat mengubat hati dia. Jadi kalau rasa annoying sekalipun, senyap je, dan tenangkan dia.

     : Jika rindu, kata rindu, jika sayang kata sayang. Luahkan segala apa yang anda rasa, atau anda mungkin tidak mempunyai peluang untuk meluahkannya lagi. Segala perkara mesti dibincang dengan baik. Apabila si dia bercakap, anda mendengar, dan sebaliknya. Jangan mudah melenting, belajar bersabar dan segeram mana atau semarah mana anda, cuba belajar sabar..Ikut hati, binasa nanti!


Perempuan

   :  Sebelum anda melakukan sesuatu, fikirkan dulu sama ada anda akan melukakan, menyusahkan, mengecewakan dan merunsingkan hati si dia. Jangan jadi kejam dengan membuatkan dia terpaksa datang ke tempat anda hanya semata-mata untuk menyelesaikan masalah yang telah anda sendiri timbulkan.

   : Jangan, jangan dan jangan ambil kesempatan terhadapa si dia. Apabila dia sudah benar-benar merendahkan egonya dan menjadi dirinya yang sendiri semata-mata hanya untuk menunjukkan rasa rindu dan cintanya, jangan pula anda memijaknya. Belajar menghormati dan menerima pendapat si dia, bukan mengawal!


so saling faham-memahami lah antara satu sama lain agar sesuatu  hubungan yang di bina itu dapat di kekalkan.walau terhalang oleh jarak dan masa...:)



 
Sunday, September 16, 2012 | 0 comments |

0 comments:

Post a Comment

Pages

Search This Blog