sekalung penghargaan dan tahniah buat pasukan bola sepak kebangsaan kerana telah berjaya membawa pulang
piala aff suzuki yang secara rasminya dimenangi Malaysia pada malam tadi di indonesia...pasuakn bola sepak kebangsaan kita mulai hari ini akan digeruni oleh setiap pasukan dari negara2 lain.tahniah juga kepada penjaga gol utama pasukan kita yang berjaya menangkis segala percubaan walau bolos 2 gol malam tadi..malaysia menang dengan agreged 4 berbalas 2 dari pasuka Indonesia..diharap dengan kemenangan pasukan negara pada malam tadi dapat menyuntik semangat untuk mara lebih maju dalam sukan bola sepak ini di rantau asia malah di seluruh pelusk dunia...Akhir kata...tahniah kepada pasukan kebangsaan MALAYSIA...saya tidah sanggup menerima cacian terhadap pasukan kita malah negara kita yang disayangi...MALAYSIA telah membuktikan bahawa pasukan bola sepak kebangsaan kita adalah pasukan yang harus digerung...
Wednesday, December 29, 2010 | 0 comments |
KELAJUAN mengakses Internet lima kali lebih laju daripada capaian rangkaian 3G. Itu antara kelebihan yang ditawarkan oleh perkhidmatan terbaru Internet 4G Yes yang dibawakan oleh YTL Communications Sdn. Bhd.
Melengkapkan inovasi teknologi itu, Yes turut menawarkan gabungan perkhidmatan komunikasi data bersama suara.
Menurut Pengerusi Eksekutif YTL Communications Sdn. Bhd., Tan Sri Francis Yeoh, pengenalan Yes merupakan titik permulaan era baru bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih di negara ini.
''Integrasi penyelesaian ini bakal menawarkan prestasi capaian Internet terbaik, harga lebih murah dan pengalaman pengguna intuitif.
''Yes membenarkan penyepaduan aktiviti komunikasi data dan suara seperti panggilan telefon, panggilan video, bersembang dalam talian, akses muzik dan video serta khidmat pesanan ringkas (SMS)
''Sehingga kini, sebanyak 65 peratus kawasan Semenanjung Malaysia telah dilengkapi dengan liputan khidmat Yes,'' katanya pada pelancaran perkhidmatan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sesuatu yang unik mengenai Yes, rangkaian operasinya tidak melibatkan sokongan kad sim, sebaliknya pengguna akan dibekalkan dengan pengenalan Yes ID iaitu nombor telefon 018.
Dengan hanya satu maklumat pengenalan itu, pengguna akan dapat mengakses pelbagai perkhidmatan komunikasi secara serentak menggunakan apa juga peranti.
Ia merangkumi pelan panggilan, Internet bergerak dan jalur lebar mudah alih.
Kesemua kemudahan itu akan disepadukan menggunakan perkhidmatan protokol Internet (IP) dikenali sebagai Yes Life.
''Pelarasan rangkaian ini bakal memberi peluang kepada pengguna berkomunikasi secara lebih bebas dan fleksibel,'' jelasnya.
Menerusi Yes Life, pengguna akan disediakan dengan akaun profil sendiri beserta alamat e-mel Yes Mail, akaun pengurusan foto Yes World dan akses senarai kontak secara dalam talian.
Melalui cara itu, pengguna diberi jaminan tidak akan kehilangan senarai kontak selain boleh mengaksesnya pada bila-bila masa sama ada melalui peranti telefon bimbit atau pun komputer.
Apa yang paling peting, pengguna Yes juga tidak perlu membayar caj yang tinggi setiap kali mengaktifkan perkhidmatan perayauan dari luar negara.
Untuk servis suara, Yes menyokong enam laluan panggilan suara dan empat laluan panggilan video secara serentak.
Dari segi kos, Yes menawarkan kadar harga tiga kali lebih rendah berbanding pakej Internet mobiliti yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat telekomunikasi tempatan.
Ia mengetengahkan konsep bayar untuk apa yang digunakan dengan kos hanya RM0.09 untuk kapasiti penggunaan data setiap tiga megabit (MB), satu minit panggilan telefon dan satu SMS.
Lebih menarik, kadar minimum penggunaan Yes pula hanya ditawarkan pada kadar pra bayar RM30 tanpa ikatan kontrak untuk pelan semua dalam satu.
Nilai kredit juga Yes tidak tertakluk kepada sebarang tarikh tamat tempoh selain tawaran rebat sebanyak 30 peratus akan diberi kepada penggunaan data yang tinggi.
Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Yes boleh mengunjungi rangkaian Yes Flagship Store atau layari laman web www.yes.my.
Sunday, December 26, 2010 | 0 comments |
PENGURUSAN Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) merupakan sistem pengurusan menyeluruh mengenai ciri-ciri pengawalan keselamatan maklumat untuk sesebuah organisasi.

ISMS penting bagi memastikan wujudnya kawalan keselamatan dalam sesebuah organisasi untuk melindungi aset berharga mereka.

Organisasi boleh melaksanakan sistem tersebut berdasarkan beberapa standard antaranya ISO/IEC 27001:2005.

Bagaimana pun, pensijilan untuk ISMS hanya diberikan kepada organisasi yang menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam standard ISO/IEC 27001.

Organisasi di Malaysia boleh juga memilih pensijilan MS ISO/IEC yang mana standard ini telah diperakui dan diterima sepenuhnya sebagai standard Malaysia.

Standard ini menetapkan ciri-ciri pengurusan keselamatan maklumat yang merangkumi rangka kerja reka bentuk, pelaksanaan, pengurusan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan proses keselamatan maklumat dan kawalan dalam untuk sesebuah organisasi.

Inisitiaf Malaysia menyokong perlaksaan ISMS dalam usaha melindungi Prasarana Maklumat Kritikal Negara (CNII) patut dipuji.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 24 Februari lalu telah memutuskan supaya sektor-sektor CNII melaksanakan pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 dalam masa tiga tahun.

Tidak dapat dinafikan, kepentingan perlaksaan ISMS boleh membawa keuntungan kepada organisasi.

Oleh itu, diharapkan CNII serta organisasi di Malaysia sedar dan mengambil langkah sewajarnya dalam melaksanakan ISMS memandangkan angka pensijilan ISO/IEC 27001 yang terlalu rendah jika dibandingkan dengan negara Jepun.
Thursday, December 23, 2010 | 0 comments |
DEWASA ini komputer riba merupakan perkara biasa yang dibawa orang ramai ke mana-mana mereka pergi. Bermula daripada pelajar sehingga kepada usahawan, gajet tersebut menjadi semakin penting dan amat membantu dalam kehidupan seharian.

Namun, rata-rata pengguna komputer riba sering merungut berikutan ruangan menyimpan data dalam cakera keras tidak mampu menampung saiz data yang besar dan banyak.

Justeru, ia menimbulkan kesusahan kepada pengguna untuk memilih serta mengehadkan maklumat tertentu sahaja untuk disimpan.

Menyedari keperluan terhadap ruang penyimpanan yang lebih besar tanpa memerlukan pengguna mengubah suai komputer riba mereka, Iomega Corporation menyediakan sebuah pemacu cakera tambahan untuk pengguna komputer tersebut.

Di kenali sebagai Iomega® External USB 3.0 SSD tersedia dalam saiz penyimpan bermula daripada 64GB, 128GB dan 256GB.

Pemacu cakera tambahan daripada Iomega itu hanya bersaiz poket, 18 inci dan memiliki ciri-ciri keselamatan sebanyak 256 bit bersama perisian pertahanan antivirus binaan dalaman dan di tambah dengan jaminan selama tiga tahun.

Menurut Timbalan Presiden Iomega Corporation Asia Pasifik dan Jepun, Rajeev Mukul, pemacu cakera tambahan Iomega sangat padat serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi bagi melindungi fail serta data penting pengguna.

‘‘Apabila anda memiliki data yang amat penting dan mahu memiliki unit penyimpanan data mudah alih yang terbaik maka pemacu cakera tambahan Iomega merupakan pilihan yang terbaik,” ujarnya.

Ia juga memiliki kelajuan pemindahan data yang amat tinggi untuk fail seperti video, gambar digital, grafik dan muzik.

Bagi pengguna yang terdiri daripada jurukamera mahu pun jurugambar ia merupakan calon yang sesuai buat mereka.

Berbanding dengan USB 2.0, ia memiliki kelajuan sehingga 10 kali ganda dan dua kali lebih pantas sama seperti kelajuan pemacu cakera 7200 RPM SATA.

Pemacu cakera tambahan Iomega SSD juga tidak memerlukan kuasa tambahan malah ia boleh terus digunakan melalui sambungan USB seperti biasa pada mana-mana komputer riba mahupun komputer biasa.

Sementara itu, harga bagi pemacu cakera tambahan Iomega SSD juga agak berbaloi dan mampu untuk dimiliki.
| 0 comments |
PRODUK pengkomputeran tablet kini semakin diterima baik oleh para penggemar gajet digital moden.Hari demi hari, pelbagai spesifikasi, fungsi dan saiz komputer tablet diperkenalkan oleh syarikat-syarikat elektronik demi memenuhi permintaan pengguna.

Perkembangan positif itu telah mendorong syarikat penyelesaian komunikasi global, ViwSonic untuk turut memperkenalkan produk komputer tablet terbaru mereka.

Ditawarkan dalam dua model iaitu ViewPad 7 dan ViewPad 10, integrasi fungsi inovatifnya bakal melengkapkan aktiviti harian pengguna sama ada untuk tujuan bekerja mahu pun berhibur.

ViewPad 7 dipacu menggunakan sistem operasi Android 2.2 dengan capaian perkhidmatan rangkaian 3.5G HSDPA dan HSUPA.
'Menerusi platform Android 2.2, pengguna ditawarkan perkhidmatan nilai tambah seperti Google Mobiliti (GMS), Peta Googles, capaian Gmail dan sebagainya,'' katanya pada pelancaran media produk berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di samping itu, Viewpad 7 turut dilengkapi kamera web dua hala dengan resolusi tiga megapiksel dan lensa pemfokusan automatik.
Untuk ViewPad 10 pula, ia menawarkan pilihan antara sistem operasi Windows 7 Home Premium atau Google Android dengan integrasi pemproses Intel Atom N455 dan cakera keras 16 GB.

Paparannya dilengkapi panel LED belakang beresolusi 1024 x 600, skrin sentuh mudah dan teknologi G-sensor.

Bagi fungsi multimedia, ia disempurnakan bersama kamera 1.3 megapiksel, mikrofon binaan dalam serta menyokong operasi sidang video.
| 0 comments |
Wednesday, December 22, 2010 | 0 comments |
blog ini akan mengesahkan serba sedikit tentang diriku sahabat2ku, ahli keluargaku, serta antara aktiviti yang aku lakukan....
| 0 comments |
assalammualaikum pembuka bicara...
semoga penjawab sekalian dirahmati oleh yang maha esa...
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai
pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat
berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
| 0 comments |

Pages

Search This Blog