PRODUK pengkomputeran tablet kini semakin diterima baik oleh para penggemar gajet digital moden.Hari demi hari, pelbagai spesifikasi, fungsi dan saiz komputer tablet diperkenalkan oleh syarikat-syarikat elektronik demi memenuhi permintaan pengguna.

Perkembangan positif itu telah mendorong syarikat penyelesaian komunikasi global, ViwSonic untuk turut memperkenalkan produk komputer tablet terbaru mereka.

Ditawarkan dalam dua model iaitu ViewPad 7 dan ViewPad 10, integrasi fungsi inovatifnya bakal melengkapkan aktiviti harian pengguna sama ada untuk tujuan bekerja mahu pun berhibur.

ViewPad 7 dipacu menggunakan sistem operasi Android 2.2 dengan capaian perkhidmatan rangkaian 3.5G HSDPA dan HSUPA.
'Menerusi platform Android 2.2, pengguna ditawarkan perkhidmatan nilai tambah seperti Google Mobiliti (GMS), Peta Googles, capaian Gmail dan sebagainya,'' katanya pada pelancaran media produk berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Di samping itu, Viewpad 7 turut dilengkapi kamera web dua hala dengan resolusi tiga megapiksel dan lensa pemfokusan automatik.
Untuk ViewPad 10 pula, ia menawarkan pilihan antara sistem operasi Windows 7 Home Premium atau Google Android dengan integrasi pemproses Intel Atom N455 dan cakera keras 16 GB.

Paparannya dilengkapi panel LED belakang beresolusi 1024 x 600, skrin sentuh mudah dan teknologi G-sensor.

Bagi fungsi multimedia, ia disempurnakan bersama kamera 1.3 megapiksel, mikrofon binaan dalam serta menyokong operasi sidang video.
Thursday, December 23, 2010 | 0 comments |

0 comments:

Post a Comment

Pages

Search This Blog