jom tengok...
apa yang saya nak kongsikan disini adalah antara gambar kesesakan lalu lintas yang paling teruk..

Sebab itulah kerajaan buat pengangkutan awam seperti komuter,lrt & monorel bagai.Untuk elakkan semua tu lah.



Namum tidak semua yang guna pengangkutan awam kan,apa guna kereta Inspira baru beli tuh.Simpan biar berkarat?Guna lah kan..tunjuk sana..tunjuk sini..haha

Apa-apa pun..jom layan gambar kesesakan lalu lintas teruk kat seluruh dunia.Kalo korang terer teka r kat mana lokasi.











thanks ddmf..
by..josh

Sunday, March 27, 2011 | 0 comments |
Ini adalah antara gambar  yang saya dapat kongsikan sekitar aktiviti gotong royong membuka masjid lama..

          masjid kg simpang lima darat



 kayu kayan dan papan lantai yang masih utuh..
kayu yang di bentuk hanya menggunakan parang dan kapak


antara masyarakat kg yang bertungkus lumus






antara peninggalan masjid yang berusia lebih 200 tahu.
 
 
 
antara tulisan yang terdapat pada monumen ini
 
 



bahagian kiri..
 
 



bahagian dpn masjid





bahagian dalam masjid
 
 



eh imam mane plak nie?????



saya x dpt nk sahkan usia sebenar masjid KG SIMPANG LIMA DARAT nie...ttpi apa yang pasti usianya lebih 100 tahun memandangkan keadaan kayu yang d ukir dan di bentuk menggunakan parang dan kapak.
gambar selanjutnya akan menyusul tidak lama lagi...sekian..











Sunday, February 27, 2011 | 2 comments |
Hutan Simpan Negeri Perak, Royal Belum selepas hujan mengindahkan lagi pemandangan hutan hujan tropika tertua, terbesar dan terkaya dengan kepelbagaian spesies yang masih kekal walaupun setelah berusia 130 juta tahun.

Panoramanya yang merentasi landskap seluas 117,500 hektar semakin menarik setelah penulis 'tenggelam' jauh ke dalam, sehingga tidak disangka waktu berlalu begitu pantas ketika merentasi belantara tersebut.
Kepenatan yang dirasai semasa perjalanan hilang begitu sahaja apabila tiba ke destinasi, lebih-lebih lagi setelah terpandang kawasan lubuk Sungai Laho yang kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar.

Berbeza dengan lokasi lubuk yang lain, Sungai Laho amat jernih airnya sehingga menampakkan segala isi perut sungai berkenaan seperti batu-batu sungai dan anak-anak ikan yang bermain di tepi tebing.

Suasana tersebut menyemarakkan lagi semangat kami untuk memulakan aktiviti memancing.
Dengan ciri-ciri yang luar biasa itu, Royal Belum bukanlah destinasi pelancongan biasa. Ia lebih tepat dianggap lokasi lubuk idaman buat kaki pancing dan pencinta alam mengenal diri dan menghayati keagungan ciptaan Allah.
"Antara spesies ikan yang terdapat di Royal Belum ialah seperti ikan kelah, sebarau, baung, badong, temoleh, tengalan, tengas, kejor dan toman.

"Lagi jauh anda merentasi hutan maka saiz ikan yang terdapat di sini juga semakin besar lebih-lebih lagi jika memancing di Kebeng.
Thursday, January 6, 2011 | 0 comments |

Pages

Search This Blog