Hutan Simpan Negeri Perak, Royal Belum selepas hujan mengindahkan lagi pemandangan hutan hujan tropika tertua, terbesar dan terkaya dengan kepelbagaian spesies yang masih kekal walaupun setelah berusia 130 juta tahun.

Panoramanya yang merentasi landskap seluas 117,500 hektar semakin menarik setelah penulis 'tenggelam' jauh ke dalam, sehingga tidak disangka waktu berlalu begitu pantas ketika merentasi belantara tersebut.
Kepenatan yang dirasai semasa perjalanan hilang begitu sahaja apabila tiba ke destinasi, lebih-lebih lagi setelah terpandang kawasan lubuk Sungai Laho yang kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar.

Berbeza dengan lokasi lubuk yang lain, Sungai Laho amat jernih airnya sehingga menampakkan segala isi perut sungai berkenaan seperti batu-batu sungai dan anak-anak ikan yang bermain di tepi tebing.

Suasana tersebut menyemarakkan lagi semangat kami untuk memulakan aktiviti memancing.
Dengan ciri-ciri yang luar biasa itu, Royal Belum bukanlah destinasi pelancongan biasa. Ia lebih tepat dianggap lokasi lubuk idaman buat kaki pancing dan pencinta alam mengenal diri dan menghayati keagungan ciptaan Allah.
"Antara spesies ikan yang terdapat di Royal Belum ialah seperti ikan kelah, sebarau, baung, badong, temoleh, tengalan, tengas, kejor dan toman.

"Lagi jauh anda merentasi hutan maka saiz ikan yang terdapat di sini juga semakin besar lebih-lebih lagi jika memancing di Kebeng.
Thursday, January 6, 2011 | 0 comments |

0 comments:

Post a Comment

Pages

Search This Blog